Universiti Malaysia Sabah (Kampus Antarabangsa Labuan)

UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL) yang terletak kira-kira 18km dari pusat bandar Labuan merupakan kampus cawangan pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pada 1 januari 1999, UMS KAL telah mula beroperasi dengan pengambilan seramai 356 orang pelajar kumpulan pertama pada bulan Mei 1999.

Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan

Jln. Sungai Pagar, 87000 W.P Labuan, Malaysia

Tel: (+6087) 460465 / 466751, Faks : (+6087) 465248,

Laman : Universiti Malaysia Labuan Kampus Antarabangsa LabuanEmel: adminkal@ums.edu.my

Kampus ini yang dikenali sebagai The Beach Campus kerana kedudukannya yang berhadapan dengan pantai merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terindah di Malaysia. Suasana kampus yang nyaman dam harmoni menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

UMS KAL bercirikan gunaan yang merangkumi kemahiran berkomunikasi, mengurus dan menganalisis bersifat global menarik pelajar antarabangsa, khususnya dari rantau Afrika dan Timur Tengah. Sehingga kini, UMS KAL telah mempunyai kira-kira 100 orang pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.

Halatuju program akademik UMS KAL ialah untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi bersifat global yang melambangkan Labuan sebagai sebuah Pusat Perniagaan dan berteraskan kecemerlangan menuju ke arah pembangunan masyarakat dan negara.

 

Panduan untuk ke Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan

1. Bas Mini nombor 4
2. Teksi (Klik untuk kadar tambang teksi)
3. Memandu Sendiri (Klik untuk panduan jalan)

Universiti Malaysia Sabah (Kampus Antarabangsa Labuan)
Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top