Permohonan & Pembaharuan Kad e-Vis

Muat turun Bon Am Kenderaan bagi tahun 2024

Bon Am 2024

Periksa Baki Hari 2023

  • Sila bawa bersama kad e-vehicle semasa penghantaran borang permohonan bon am kenderaan.
  • Borang permohonan bon am kenderaan diproses dalam masa 3 hari bekerja (tidak termasuk hari penghantaran permohonan dan penyerahan kad).
  • Penyerahan kad e-vehicle bermula pada 01 Januari 2024.

Semua kenderaan berdaftar di W.P.Labuan perlu menggunakan kad e-Vis bagi tujuan membawa kenderaan keluar dari W.P. Labuan. Pembaharuan mesti dibuat setiap tahun dan tempoh keluar pulau dihadkan kepada 90 hari setahun (tertakluk kepada MAKSIMUM 30 hari sekali perjalanan).

Waktu Operasi
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang sahaja

Masa Rehat
Isnin – Khamis : 1.00 petang – 2.00 petang

Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Kad eVis hendaklah dikemaskini 7 hari sebelum pelayaran. Kemaskini semasa pelayaran tidak akan dilayan.

Carta Aliran Kerja Memproses Permohonan Baru & Pembaharuan Kad e-Vis

Proses 1
Berikut merupakan borang yang perlu diisi dan dokumen yang diperlukan. Borang boleh didapati di bangunan Jabatan Kastam Diraja malaysia. Setelah siap diisi, borang hendaklah diserahkan semula ke Kaunter 1 & 2, Jabatan Kastam.
Permohonan Baru – Borang K, Bon Am (disertakan setem hasil RM 10.00 diperoleh dengan menggunakan STAMPS Portal) dan isi Borang e-Vis
Permohonan Pembaharuan – Kad Pengenalan Asal, Kad Pendaftaran Asal. Bagi syarikat, lesen berniaga asal.

Proses 2
Borang lengkap diisi dan disahkan dalam Proses 1 hendaklah dibawa dan diserahkan ke Kaunter Pendaftaran Unit Terminal Kastam untuk diproses.

Proses 3
Data-data akan dimasukkan ke dalam sistem e-Vis

Proses 4
Kad e-Vis akan dicetak. Sila ambil kad e-Vis anda di Terminal Feri Kenderaan pada waktu pejabat.

Maklumat Penting

  1. BON AM sah untuk tempoh 12 bulan atau sehingga 31 Disember (tahun semasa).
  2. Kelayakan 90 hari setahun (tertakluk kepada MAKSIMUM 30 HARI SEKALI PERJALANAN)
  3. Melebihi tempoh kelayakan yang diluluskan akan dikenakan kompaun dibawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 (minimum RM50.00 sehari / maksimum RM 10,000.00).
  4. Kehilangan kad e-VEHICLE akan dikenakan kompaun, dibawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 (maksimum RM 100).
  5. Pemilik kenderaan hendaklah memperbaharui atau mendapatkan kad e-Vehicle dari pejabat ni sekurang-kurangnya 7 (TUJUH) hari sebelum belayar.
  6. Kad e-Vehicle hendaklah dikemukakan semasa kenderaan dibawa keluar dari W.P. Labuan (kegagalan mengemukakan kad e-Vehicle kepada Pegawai Kastam semasa pemeriksaan kennderaan menyebabkan kenderaan TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar dari W.P. Labuan)

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia WP Labuan, Jalan Merdeka di talian 087-592000

Spread the love
Scroll to top