Daftar e-VEHICLE BERMULA 2 DISEMBER 2024 bagi tahun 2025
- Muat turun Bon Am
- Cara bayar Duti Setem di portal STAMPS
- Semak baki perjalanan
Semua kenderaan berdaftar di W.P.Labuan perlu menggunakan kad e-Vis bagi tujuan membawa kenderaan keluar dari W.P. Labuan. Pembaharuan mesti dibuat setiap tahun dan tempoh keluar pulau dihadkan kepada 90 hari setahun (tertakluk kepada MAKSIMUM 30 hari sekali perjalanan).
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang sahaja
Masa Rehat
Isnin – Khamis : 1.00 petang – 2.00 petang
Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Kad eVis hendaklah dikemaskini 7 hari sebelum pelayaran. Kemaskini semasa pelayaran tidak akan dilayan.
Carta Aliran Kerja Memproses Permohonan Baru & Pembaharuan Kad e-Vis
Proses 1
Berikut merupakan borang yang perlu diisi dan dokumen yang diperlukan. Borang boleh didapati di bangunan Jabatan Kastam Diraja malaysia. Setelah siap diisi, borang hendaklah diserahkan semula ke Kaunter 1 & 2, Jabatan Kastam.
Permohonan Baru – Borang K, Bon Am (disertakan setem hasil RM 10.00 diperoleh dengan menggunakan STAMPS Portal) dan isi Borang e-Vis
Permohonan Pembaharuan – Kad Pengenalan Asal, Kad Pendaftaran Asal. Bagi syarikat, lesen berniaga asal.
Proses 2
Borang lengkap diisi dan disahkan dalam Proses 1 hendaklah dibawa dan diserahkan ke Kaunter Pendaftaran Unit Terminal Kastam untuk diproses.
Proses 3
Data-data akan dimasukkan ke dalam sistem e-Vis
Proses 4
Kad e-Vis akan dicetak. Sila ambil kad e-Vis anda di Terminal Feri Kenderaan pada waktu pejabat.
Maklumat Penting
- BON AM sah untuk tempoh 12 bulan atau sehingga 31 Disember (tahun semasa).
- Kelayakan 90 hari setahun (tertakluk kepada MAKSIMUM 30 HARI SEKALI PERJALANAN)
- Melebihi tempoh kelayakan yang diluluskan akan dikenakan kompaun dibawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 (minimum RM50.00 sehari / maksimum RM 10,000.00).
- Kehilangan kad e-VEHICLE akan dikenakan kompaun, dibawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 (maksimum RM 100).
- Pemilik kenderaan hendaklah memperbaharui atau mendapatkan kad e-Vehicle dari pejabat ni sekurang-kurangnya 7 (TUJUH) hari sebelum belayar.
- Kad e-Vehicle hendaklah dikemukakan semasa kenderaan dibawa keluar dari W.P. Labuan (kegagalan mengemukakan kad e-Vehicle kepada Pegawai Kastam semasa pemeriksaan kennderaan menyebabkan kenderaan TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar dari W.P. Labuan)