Ferry Schedule – Labuan, Sabah & Brunei

Kadar Tambang Bagi Penumpang.

Bagi tahun 2020, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM9 juta bagi meneruskan pemberian diskaun 50% tambang kepada penumpang feri dan bot bagi Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2020. Diskaun ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja.  Penumpang hendaklah mengemukakan MyKad/Surat Beranak/MyKid/Passport semasa membuat pembelian tiket di kaunter. Sila sediakan wang kecil bagi memudahkan pembayaran tiket.

Kanak-Kanak (Warganegara Malaysia)
Umur 2 tahun hingga 12 tahun.
RM1.25
Dewasa 12 Tahun ke Atas.RM2.50
Orang Kelainan Upaya (OKU)PERCUMA
Warga Emas
Umur 70 tahun ke atas
PERCUMA
Passport (Bukan Warganegara)
Umur 2 tahun hingga 12 tahun
RM2.50
Passport (Bukan Warganegara)
Dewasa 12 tahun ke atas
RM5.00
Tanpa IC / PassportRM5.00

Makluman

  1. Semua penumpang & kenderaan kena daftar masuk “1 Jam Sebelum” pelayaran. Pengendali feri tidak akan menanggung sebarang ganti rugi akibat kelewatan menaiki feri.
  2. Caj perkhidmatan RM 10.00 akan dikenakan bagi penukaran tarikh, kategori kenderaan yang sama & masa (Bagi kapal yang sama sahaja)
  3. Penalti Caj 50% bagi tiket kenderaan jika melakukan sebarang perubahan kategori yang berbeza & masa (Bagi kapal tidak sama)
  4. Cetakan semula (Reprint / Double Print) tiket kenderaan akan dikenakan Caj Perkidmatan RM10.00 akibat kehilangan tiket dan tiket telah diambil atau dikeluarkan bagi bank in payment.
  5. Setiap tiket yang dibatalkan hanya akan diberi 50% pulangan wang. Setiap tiket dibatalkan perlu membawa tiket original (pembatalan mesti dibuat sebelum masa dan tarikh pelayaran)
  6. Tiket penumpang tidak dapat diubah (masa, tarikh serta tidak akan diberikan pulangan wang) jika tidak jadi belajar.

Lain-lain

Feri Wawasan Perdana dan Warisan Perdana telah dihentikan perkhidmatannya. Maklumat lanjut di sini.