Categories
Notice Public Service

Prosedur kemasukan ke Wilayah Persekutuan Labuan (10 Jun 2020)

Dalam wawancara Dr Ismuni Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri WP Labuan, beliau berkongsi SOP terkini saringan kesihatan di Labuan. Dr Ismuni menjelaskan tiada sekatan untuk masuk ke Labuan, tetapi saringan kesihatan akan dibuat di pintu masuk untuk mengelakkan penyebaran penyakit.

Beliau turut menjelaskan carta alir yang sudah tular di kalangan warga Labuan ialah SOP dalaman untuk proses saringan di pintu masuk WP Labuan untuk menjamin keselamatan warga Labuan.

Baca lebih lanjut di https://labuanft.com/2020/06/10/prosedur-kemasukan-ke-wilayah-persekutuan-labuan-10-jun-2020/

Categories
COVID-19 Notice Public Service

Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Wilayah Persekutuan Labuan

Berikut merupakan jabatan dan agensi yang terlibat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 di Wilayah Persekutuan Labuan.

AgensiNombor Telefon
Pusat Kawalan Daerah087 412575
Majlis Keselamatan Negara087 411414
Angkatan Pertahanan Awam087 415440
Jabatan Bomba dan Penyelamat087 506754
Jabatan Kesihatan@CPRS087 596160
Bilik Operasi Jawatankuasa Bencana COVID19 Perbadanan Labuan087 425600

Categories
COVID-19 Local Events Notice Public Service

Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020

Terkini (23 April 2020)
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Terkini (10 April 2020)
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Terkini (25 Mac 2020)
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ini berikutan trend semasa yang menunjukkan kes-kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.

Beliau telah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

***

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaanhendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Ucapan penuh: Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai COVID-19 boleh dibaca di https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ucapan-penuh-perutusan-khas-perdana-menteri-mengenai-covid-19-233916

Categories
Komuniti Public Service

Derma Darah – Hospital Labuan

Waktu Pendermaan Darah Secara Walk In di Unit Makmal dan Tabung Darah, Hospital Labuan

Isnin & Rabu 

Sesi Pagi 8.30 am – 12.00 pm
Sesi Petang 2.30 pm – 4.00 pm

Jumaat

Sesi Pagi 8.30 am – 11.00 pm
Sesi Petang 2.30 pm – 4.00 pm

Penderma darah boleh membuat temujanji mengikut ketetapan di atas (sekiranya perlu), untuk menderma darah dengan menghubungi 087-596862

Lokasi : Unit Makmal & Tabung Darah terletak bersebelahan Wad Kelas Satu.

Kriteria Penderma Darah

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.

2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.

ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.

iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.

4. Tidur minimum 5 jam.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :

  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
  • Bertukar-tukar pasangan seks.
  • Mengambil dadah secara suntikan.
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :

  • Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
  • Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (penterjemah tidak boleh)


Categories
Public Service

Persatuan Orang Pekak Labuan memerlukan sumbangan dana

RM 50,000 diperlukan lagi untuk mencapai sasaran RM 80,000 bagi Kempen Bantuan Community To Community ( C2C ) Sesi 2018 – 2019.

Program ini adalah bertujuan untuk meringankan beban Persatuan kami bantuan dengan memberi bantuan dalam kadar yang segera.
POPL mempunyai 3 bahagian yang perlukan bantuan sumber kewangan :

1) Labuan School Of The Deaf
2) Pusat Latihan Bahasa Isyarat POPL (MySL)
3) GYM ( DCG ) Deaf Combat GYM

Maklumat tajaan :

POPL mensasarkan untuk memerlukan bantuan sekurang-kurangnya 3 bahagian yang persatuan POPL jalankan pada setiap bulan,yang menjalankan aktiviti keperluan pendidikan,kemahiran dan sukan. POPL adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sepenuhnya yang ditadbir oleh OKU sendiri. POPL berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Malaysia NO. PPM -003-15-10042017.
Kami membuka peluang kepada orang ramai lapisan masyarakat di Labuan , sektor Koprat, Kerajaan, swasta dan perseorangan serta NGO untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas melalui kempen Bantuan ( C2C ) ini. Kempen ini akan dibuka berterusan sehingga akhir tahun 2018 hingga 2019.

POPL juga TIDAK mengehadkan jumlah sumbangan yang hendak diberikan. Anda boleh menghulurkan seberapa sahaja sumbangan ikhlas yang termampu.

BANTULAH RM10, RM20, RM30, RM50, RM100 ATAU SEBERAPA SAHAJA YANG TERMAMPU DAN SEIKHLAS HATI ANDA.

Untuk memberi sumbangan :

Atau sumbangan terus ke akaun Persatuan Orang Pekak Wilayah Persekutuan Labuan

BSN : 1511441000075514
Whatsapp : 010-9189052
Email : popldeaflabuan@gmail.com

Categories
Public Service

SURVEY : Waktu Siaran LabuanFM

LABUANfm sedang mengumpul maklum balas tentang rancangannya untuk memulakan waktu siaran satu (1) jam lebih awal, iaitu dari jam 0700 sekarang kepada 0600. LABUANfm mengalu-alukan kerjasama tuan/puan untuk mengambil bahagian dalam soal selidik yang ringkas ini.

Isikan borang maklumbalas dengan menekan pautan di bawah.

Borang Maklum Balas : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeb4R-WfwV2pmz8XnRcivKzQlAZq-f-S48XGV3bXmLWyhAOaQ/viewform

Categories
Local Events Public Service

Kelebihan menderma darah

Kempen Derma Darah

 

Tahukah anda kelebihan menderma darah ?

Darah akan digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma. Ia memaksa badan menggantikan darah yang hilang, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan bekerja dengan lebih produktifnya.

Menderma darah boleh juga mengurangkan kalori si penderma. Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kal seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.

Mengurangkan risiko sakit jantung dengan menderma darah. Proses mender darah akan menyeimbangkan  zat besi dalam badan. Zat besi berlebihan boleh menyumbang kepada serangan jantung, strok, dan lain lain penyakit.

Menderma darah dengan konsisten dapat mengurangkan pelbagai risiko kanser seperti kanser paru-paru, hati, kolon dan tekäk.

Tahukah anda darah yang anda dermakan akan digunakan ole

  1. Bayi yang lahir dalam keadaan pra-matang (dan juga ibunya)
  2. Pesakit kanser
  3. Pesakit trauma
  4. Pesakit yang melecur akibat kebakaran
  5. Pengidap derma denggi
  6. Penghidap thalasemia
Categories
Notice Public Service

Tsunami – Langkah Keselamatan

Langkah – langkah persediaan yang perlu diambil kira/dilakukan

1. Kenalpasti risiko kawasan tempat tinggal anda. Kawasan berhampiran pantai adalah berisiko tinggi.

2. Membuat persediaan dengan menyediakan pek kecemasan yang mengandungi makanan, minuman dan kit First Aid. Letakkan di tempat yang mudah dilihat.

3. Mengambil tahu akan kejadian alam. Contohnya :

  • Jika berlaku gegaran kesan daripada gempa bumi.
  • Air laut pasang dan surut secara tiba-tiba kerana ia menandakan gelombang besar akan melanda daratan.
  • Binatang berkelakuan pelik, seperti merasa resah, bergerak dalam kumpulan, dsb.

4. Sentiasa merujuk kepada maklumat yang sah, seperti laman Jabatan Meteorologi Malaysia.

Marine Meteorology and Oceanography Division,
P.O. Box 81413, Jalan Pulau Buah,
87008 Labuan Federal Territory.
Tel      : 6(087) 423110
Fax    : 6(087) 412109

*antara lain, anda boleh mendaftar dengan CWarn.org, sebuah sistem amaran tsunami yang diberikan secara percuma. SMS akan dihantar ke telefon bimbit anda jika amaran tsunami dikeluarkan di kawasan anda.

Pada keadaan kejadian Tsunami telah berlaku dan amaran telah dikeluarkan untuk menyelamatkan diri, sila :

  1. Pergi ke tempat yang lebih tinggi dan jauh dari kawasan pantai, atau
  2. Panjat pokok yang tinggi, sebaik-baiknya pokok yang kelihatan besar dan kukuh, atau
  3. Naik ke bumbung rumah, atau tempat tertinggi di kawasan tempat tinggal anda.

Jika terperangkap dalam Tsunami, sila :

  1. Kekal terapung dengan berpaut kepada apa sahaja objek yang boleh kekalkan anda terapung
  2. Mengutamakan nyawa berbanding harta.

Bencana Tsunami mungkin akan datang dalam beberapa peringkat dalam masa yang berlainan. Tunggu sehingga keadaan disahkan selamat, sebelum kembali ke tempat tinggal anda.

Bencana Tsunami meninggalkan kesan kemusnahan seperti kerosakan dan kematian. Pada peringkat ini, makanan dan minuman yang bersih adalah sukar untuk didapati. Risiko jangkitan penyakit juga akan meningkat.

Oleh itu, adalah penting untuk berkumpul dalam komuniti anda dan bekerjasama dengan masyarakat dan pihak berkuasa untuk mendapatkan akses kepada makanan dan ubat-ubatan.

Sumber maklumat :

 

 

Categories
Public Service

Fakta dan Modus Operandi Sindiket Penipuan Jenayah Siber

Polis Daerah Labuan melalui Facebook mereka telah berkongsi tentang Fakta dan Modus Operandi Sindiket Penipuan Jenayah Siber. Sila baca dan fahami MO sindiket penipuan ini dan kongsi bersama-sama keluarga dan rakan untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.

 

248737_143492125807473_1325820199_n

 

Sindiket Penipuan Parcel (Bungkusan)

a) Sindiket berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, e-mail, chat dalam tempoh satu hingga empat bulan.

Setelah persahabatan terjalin, sindiket kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa bungkusan (parcel) telah dihantar kepadanya sebagai barangan hadiah yang mengandungi barang perhiasaan, wang, emas dan sebagainya yang disusuli dengan kiriman resit penghantaran melalui e-mail kepada mangsa.

b) Walau bagaimanapun mangsa akan dimaklumkan oleh sindiket bahawa bungkusan (parcel) tersebut telah ditahan oleh KASTAM Malaysia yang perlu dijelaskan beberapa bayaran (fee) oleh mangsa kepada pihak kastam dan syarikat fowarding agent dengan memasukkan wang ke dalam akaun yang akan diberikan oleh sindiket bagi tujuan menuntut bungkusan tersebut.

Mangsa yang terpedaya hanya sedar tertipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut.

Nasihat daripada Polis:
Elakkan menjadi mangsa kepada penipuan siber ini. Sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet. Sekiranya penipuan berlaku, peluang untuk mendapatkan wang yang ditipu adalah tipis dan mengesan penjenayah yang terlibat di alam siber adalah amat mencabar lebih-lebih melibatkan warga asing yang tidak menetap di dalam negara ini.

Categories
Public Service

Labuan Bersih Labuan Indah

Do you know, there is actually an infomercial created in line with the recycle and “No Plastic” campaign in Labuan FT, Malaysia?

This campaign organized by Labuan Corporation. The campaign among others to impose charges on plastic bag as an item in many retails and shopping centre. In short, you have to pay for plastic bags because it’s no longer free.

So, we would like to suggest everyone to :