Categories
Notice Public Service

Prosedur kemasukan ke Wilayah Persekutuan Labuan (10 Jun 2020)

Dalam wawancara Dr Ismuni Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri WP Labuan, beliau berkongsi SOP terkini saringan kesihatan di Labuan. Dr Ismuni menjelaskan tiada sekatan untuk masuk ke Labuan, tetapi saringan kesihatan akan dibuat di pintu masuk untuk mengelakkan penyebaran penyakit.

Beliau turut menjelaskan carta alir yang sudah tular di kalangan warga Labuan ialah SOP dalaman untuk proses saringan di pintu masuk WP Labuan untuk menjamin keselamatan warga Labuan.

Baca lebih lanjut di https://labuanft.com/2020/06/10/prosedur-kemasukan-ke-wilayah-persekutuan-labuan-10-jun-2020/

Categories
COVID-19 Notice Public Service

Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Wilayah Persekutuan Labuan

Berikut merupakan jabatan dan agensi yang terlibat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 di Wilayah Persekutuan Labuan.

AgensiNombor Telefon
Pusat Kawalan Daerah087 412575
Majlis Keselamatan Negara087 411414
Angkatan Pertahanan Awam087 415440
Jabatan Bomba dan Penyelamat087 506754
Jabatan Kesihatan@CPRS087 596160
Bilik Operasi Jawatankuasa Bencana COVID19 Perbadanan Labuan087 425600

Categories
COVID-19 Notice

Penjadualan semula feri Menumbok – Labuan

OPERASI perkhidmatan feri penumpang antara Menumbok ke Labuan dijadualkan semula sebagai langkah menangani penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong berkata, penjadualan semula perkhidmatan feri itu dilaksanakan serta-merta.

“Kita sudah menetap feri Galaxy hanya melakukan perjalanan pada 6 pagi setiap hari dan 4 petang (Ahad sahaja) daripada Menumbok ke Labuan.

“Feri Putrajaya Satu (9 pagi), Kimanis (1 petang) dan Goodwill (8 malam) untuk lokasi perjalanan sama.

“Manakala, bagi laluan perjalanan Labuan ke Menumbok, feri Putrajaya Satu akan memula pergerakan pada 6 pagi, Kimanis (3.30 petang), Goodwill (5.30 petang) dan Galaxy (6.30 petang),” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Penjadualan semula perkhidmatan feri itu dilakukan selepas langkah terbabit diputuskan ketika Mesyuarat Sabah Covid-19 Command Centre, di Kota Kinabalu, hari ini.

Safar berkata, dalam mesyuarat sama turut diputuskan penutupan operasi perkhidmatan bot laju atau penambang daripada Menumbok ke Labuan.

Menurutnya, penutupan terbabit juga dilaksanakan serta-merta.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 6:41 PM di laman web Harian Metro.

Categories
COVID-19 Local Events Notice Public Service

Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020

Terkini (23 April 2020)
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Terkini (10 April 2020)
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Terkini (25 Mac 2020)
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ini berikutan trend semasa yang menunjukkan kes-kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.

Beliau telah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

***

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaanhendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Ucapan penuh: Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai COVID-19 boleh dibaca di https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ucapan-penuh-perutusan-khas-perdana-menteri-mengenai-covid-19-233916

Categories
Notice

Pemberian Diskaun 50% Untuk Tambang Penumpang Feri dan Bot Diteruskan Pada Tahun 2020

Labuan, 24 Disember 2019 – Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM9 juta bagi meneruskan pemberian diskaun 50% tambang kepada penumpang feri dan bot bagi Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2020. Diskaun ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja. Pemberian subsidi ini meliputi destinasi perjalanan seperti berikut:

Bil.Destinasi
1.Labuan – Menumbok / Menumbok – Labuan
2.Labuan – Kota Kinabalu / Kota Kinabalu – Labuan
3.Labuan – Sipitang / Sipitang – Labuan
4.Labuan – Limbang / Limbang – Labuan
5.Labuan – Lawas / Lawas – Labuan

2. Pemberian subsidi 50% oleh kerajaan ke atas tambang penumpang feri dan bot ini bermula pada tahun 2014 yang bertujuan untuk mengurangkan kos perjalanan pengangkutan laut yang ditanggung oleh rakyat Malaysia ke destinasi yang menghubungkan Labuan degan Tanah Besar Sabah dan Sarawak.

Sumber
Kenyataan Media untuk Liputan Media Massa disediakan oleh Perbadanan Labuan pada 24 Disember 2019.

Categories
Gym Fitness Centre Notice

Kadar Baru Gimnasium Rakyat Labuan Bagi Tahun 2020

Bermula 1 Januari 2020, penggunaan Gimnasium Rakyat Labuan akan dikenakan bayaran mengikut kadar harga baru yang telah ditetapkan.

Dengan ini, semua pelanggan / Individu yang ingin menggunakan kemudahan Gimnasium Rakyat Labuan hendaklah membuat bayaran masuk terlebih dahulu di Kaunter Tempahan/Bayaran mengikut kadar harga yang telah ditetapkan.

Sila dapatkan resit rasmi bagi bukti pembayaran dan hendaklah ditunjukkan kepada pegawai yang bertugas. Penggunaan adalah berdasarkan penggunaan individu dan bukan berkumpulan.

Kadar Harga (Masuk) Gimnasium Rakyat Labuan
Bermula 1 Januari 2020

Bil.Individu (Umur)Kadar (Per Entry) (Walk In)
1.Pelajar Sekolah
(15 – 17 Tahun)
RM 2.00
2.IPTA / IPTS
(18 Tahun ke atas)
(Kad Pelajar)
RM 2.00
3.Dewasa
(Kad Pengenalan)
RM 5.00
4.Warga OKU & EmasPercuma
5.Pas masuk bulananRM 40.00

Dipetik dari laman FB Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan

Categories
Homestay Notice

Pendaftaran Premis Penginapan Pelancong

PENGECUALIAN FI PROSES (RM20) & FI PENDAFTARAN (RM50).

Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC) sedang menawarkan pengecualian pembayaran fi bagi permohonan dan pendaftaran premis penginapan yang masih belum berdaftar di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

BERMULA PADA 01 JANUARI HINGGA MAC 2019.

Untuk berurusan, sila hubungi 087 422622

Categories
Notice Recreation

Kadar baru Y Centre, UTC Labuan (bermula 1 Ogos 2018)

Kemaskini
Y Centre, UTC Labuan ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja pembaikan.

Bermula 1 Ogos 2018, pihak Y Centre W.P. Labuan mendapat arahan dan ingin memaklumkan kepada semua pengguna Y Centre Labuan bahawasanya perwartaan kadar sewa bayaran bagi penggunaan kemudahan Y Centre, UTC Labuan telah berubah superti ketetapan berikut:

Kemudahan Gimnasium

Warganegara Malaysia

  • Dewasa RM 5.00
  • Pelajar IPTA/IPTS RM 2.00
  • Pelajar Sekolah RM 2.00
  • Warga OKU RM 2.00
  • Pas Bermusim (Season Pass) RM 40.00

Bukan Warganegara Malaysia

  • Dewasa RM 20.00
  • Pelajar IPTA/IPTS RM 15.00
  • Pelajar Sekolah RM 15.00
  • Warga OKU RM 15.00
  • Pas Bermusim (Season Pass) RM 100.00

Kemudahan Studio Aerobik

  • Warganegara Malaysia (RM 10.00 sejam)
  • Bukan Warganegara Malaysia (RM 20.00 sejam)

Kemudahan Sewaan Locker

  • Warganegara Malaysia (RM 2.00)
  • Bukan Warganegara Malaysia (RM 4.00)

Tidak dibenarkan membawa sebarang beg, sila patuh kepada arahan bagi memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 087-421596. Y Centre dibuka kepada orang ramai setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.00 malam.

 

 

 

Categories
Notice

Labuan Ferry Corporation license revoked

LABUAN (Dec 19): The Ministry of Transport (MOT) had issued a letter to revoke the licence of an operator of the Labuan-Menumbok ferry service, it was learnt today.

The revocation letter was issued to long-time ferry service provider Labuan Ferry Corporation Sdn Bhd on Oct 25, with the reasons being it had been wound up by the Labuan High Court and that it had not complied with the safety requirements.

The letter stated that the MOT received notification from the Sabah Ports and Harbour Department on the court wind-up of the company and the Department of Insolvency subsequently confirmed that the wind-up took place on Feb 6, 2017.

The MOT also received a safety inspection report on Oct 2 from the Labuan Marine Department, on the MV Wawasan Perdana ferry operated by the company, which stated that it did not comply with the safety aspect requirements.

The ferry operator had provided the service for over a decade, initially operating two ferries – Wawasan Perdana and Warisan – but ceased using Warisan. Wawasan Perdana is also currently under repair.

With the revocation of the licence, the ferry service between Labuan and mainland Sabah is now handled by two operators – Juta Bonus through its only ferry Galaxy, and Labuan Mainland Link Sdn Bhd through its three ferries, namely Kimanis 1, Putrajaya 2 and Goodwill Star.

Sabah Ports and Harbour Department director Capt Abel Ongkunik, who confirmed the revocation of the licence, said public notification through the media was important to prevent the illegal sale of Labuan-Menumbok-Labuan ferry tickets by irresponsible parties in view of the festive season and school holidays.

News : MalaysianInsight

Ferry Schedule of Ferry Galaxy, Kimanis, Putrajaya and Goodwill Star HERE

Categories
Notice

Kemaskini : Syarat kenderaan Labuan keluar sementara (2017)

Berkuatkuasa 1 November 2016, semua kenderaan Labuan (yang belum bayar cukai) yang akan keluar sementara ke Kawasan Utama Kastam (KUK) seperti Sabah dan Sarawak adalah diwajibkan untuk mengemukakan Bon Am atau jaminan bank mengikut ketetapan berikut.

BILKAPASITI ENJIN (cc) KENDERAANBENTUK JAMINAN
1Tidak melebihi 2,500 ccBon Am
2 

2,500 dan ke atas (termasuk semua kenderaan jenis MPV)

Jaminan Bank pada kadar 50% daripada nilai duti/cukai semasa.
3Semua jenis kenderaan trak pikap (Pick up truck) pelbagai kapasiti enjin.

Contoh : Toyota Hilux, Nissan Navara, Mitsubishi Triton dan Lain-lain kenderaan yang sama dengannya

Semua jenis kenderaan pacuan empat roda “Four Wheel Drive” bukan kategori motokar, pelbagai kapasiti enjin.

Contoh: Mitsubishi Pajero, Land Rover Defender dan lain-lain kenderaan yang sama dengannya.

Bon Am

Maklumat lanjut ada di Laman Web Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Panduan Prosedur Perkastaman Pulau Bebas Cukai)

Atau hubungi :
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan
Jalan Merdeka, Peti Surat 81003,
87020 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Talian Umum : 087-592000