PRU 14 P166 Labuan – Calon dan Manifesto

Pada hari penamaan calon yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Labuan bertarikh 28 April 2018, empat orang calon dari empat parti telah diumumkan. Berikut merupakan senarai calon-calon yang bertanding untuk P166 Labuan

  1. Datuk Rozman Isli (BN-UMNO)
  2. Noor Halim Zaini (WARISAN)
  3. Siti Zaleha S.W. Ibrahim (HARAPAN RAKYAT)
  4. Ahmad Junid Mohd Aling (PAS)

Datuk Rozman Isli (BN-UMNO)

Manifesto parti

  1. Membina Jambatan Labuan ke Menumbok.
  2. Memacu Pertumbuhan Ekonomi Berterusan Dan Mampan.
  3. Menaiktaraf Prasarana dan Kemudahan Awam.
  4. Meningkatkan Kualiti Kesihatan dan Keselamatan.
  5. Meningkatkan Tahap Pendidikan dan Peluang Pekerjaan.
  6. Melestarikan Perpaduan dan Kesejahteraan Rakyat.
  7. Menjayakan Tahun Melawat Labuan 2021.

Sumber maklumat & kemaskini : FB Datuk Rozman Hj Isli

Ahmad Junid Mohd Aling (PAS)

Manifesto parti

  1. Berusaha meningkatkan kecemerlangan Islam.
  2. Menubuhkan Yayasan Rakyat Labuan untuk anak Labuan
  3. Tingkatkan kualiti hospital dengan penambahan doktor pakar beserta kelengkapan perubatan moden.
  4. Menggesa pelaksaan sekolah agama berasrama penuh
  5. Memastikan ketelusan dalam pembinaan jambatan Labuan-Sabah
  6. Menyalurkan bantuan secara telus kepada nelayan tempatan.
  7. Menaiktaraf kawasan berpotensi sebagai kawasan pelancongan.
  8. Mempelbagaikan barangan bebas cukai.
  9. Rakyat berkelayakan memiliki sebuah unit rumah mampu milik.
  10. Memansuhkan bayaran minimum air dan memberi subsidi 10M3 air ke setiap rumah.
  11. Memastikan peluang pekerjaan dengan sasaran 50% untuk anak tempatan.

Sumber maklumat & kemaskini : FB PAS P166 Parlimen Labuan Sejahtera

Siti Zaleha S.W. Ibrahim (HARAPAN RAKYAT)

Manifesto parti

  1. Hak terhadap minyak dan gas – melindungi kandungan tempatan dalam peluang pekerjaan bagi sektor tersebut.
  2. Autonomi pendidikan – (1) Meningkatkan jumlah tenaga pengajar dari Sabah dan Labuan kepada 95% (2) Menyediakan pendidikan PERCUMA untuk pelajar pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. (3) Memperkasakan pendidikan agama Islam.
  3. Perkhidmatan perubatan dan kesihatan – Memastikan Hospital Labuan mempunyai kelengkapan yang cukup dan memperbanyakkan doktor pakar.
  4. Infrastruktur dan pengangkutan – (1) Memperbaiki sistem jalanraya yang sedia ada bagi mengurangkan kesesakan lalulintas. (2) Memperbanyakkan tempat letak kereta untuk kemudahan rakyat.
  5. Industri pelancongan – (1) Membina kereta kabel dari pulau ke pulau 2. Membina underwater aquarium.
  6. Memperkasakan peranan wanita – Mewujudkan peruntukan dana untuk membantu kaum wanita dalam peluang perniagaan
  7. Peluang untuk golongan muda – (1) Mewujudkan pusat bimbingan untuk mencari peluang perniagaan (latihan, khidmat nasihat) (2) Memberi lesen buat kali pertama B2 secara percuma bagi yang memiliki motosikal.
  8. Program kebajikan rakyat – (1) Bantuan khairat kematian sebanyak RM 500.00. (2) Bantuan penyakit kronik sebanyak RM 500.00 sebulan. (3) Membantu bekas-bekas pesara anggota keselamatan, kerajaan dan swasta untuk memulakan perniagaan.

Sumber maklumat & kemaskini : FB Parti Harapan Rakyat Labuan

Noor Halim Zaini (WARISAN)

Manifesto parti

  1. Menegak dan memperkasa hak-hak asasi rakyat dan Negeri Sabah.
  2. Menjamin keselamatan, perpaduan dan keharmonian rakyat Sabah.
  3. Menjamin hak pemilikan tanah adat dan hak-hak Bumiputra Sabah.
  4. Memelihara warisan dan kepercayaan etnik dan bangsa di Negeri Sabah.
  5. Mewujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah.
  6. Mewujudkan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.
  7. Melindungi, memulihara dan memanfaatkan alam semulajadi bumi Sabah.
  8. Menginovasi keupayaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
  9. Membina Pelabuhan Utama di Kudat dan meneruskan pembangunan prasarana jaringan jeraya, kuasa elektrik, telekomunikasi dan sumber air terawat.
  10. Mengupayakan Agensi-Agensi Kerajaan Sabah/Government Link Agency (GLA)
  11. Mengkaji peranan Agensi-Agensi Kerajaan Persekutuan/Federal Government Link Agency di Sabah.
  12. Memperkemaskan program-program pembangunan sosio-ekonomi rakyat dan komuniti.
  13. Membangun dan memberi ruang kepada golongan belia dan wanita ke dalam semua sektor kemajuan di Sabah.

Sumber maklumat & kemaskini : FB Parti Warisan Labuan

0.00 avg. rating (0% score) - 0 votes