Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke W.P. Labuan

Selamat datang KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan melakukan lawatan rasmi ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 9 Februari 2018.

Baginda dijadual akan berangkat merasmikan Masjid Sultan Muhammad V sebelum berkenan mencemar duli ke Majlis Labuan Berselawat & Program Ilmiah Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 pada sebelah malam.

Daulat Tuanku.

0.00 avg. rating (0% score) - 0 votes
News Reporter