Keadaan surau di Lapangan Terbang Labuan

20 September 2012.

Pertama kali menggunakan kemudahan surau di lapangan terbang untuk menunaikan solat.

Surau ini rupanya tidak terjaga. Saya sertakan gambar-gambar untuk rujukan anda.

image

image

image

image

Seperti yang dapat dilihat, bolehlah disimpulkan bahawa surau ini tidak cukup sejadah jika ada yang mahu solat berjemaah, tempat wudhu yang kotor dan tiada disediakan kitab al-Quran atau bahan bacaan yang sesuai.

Oleh itu, saya rasa ada dua perkara yang kita semua boleh lakukan.

1. Buat aduan dengan cara yang betul kepada pihak yang menyelia kemudahan awam di Lapangan Terbang WP Labuan ATAU

2. Sesiapa yang berminat boleh lah sedekahkan sejadah, Al-Quran atau bahan bacaan agama ke surau ini untuk kegunaan pengunjung. Boleh juga bantu untuk membersihkan tempat wudhu untuk menjaga kebersihan surau ini. Lakukanlah dengan niat murni. Sedekah lah tanpa nama.

Tempat beribadat sebenarnya antara lain ialah pusat komuniti dan kemajuan masyarakat. Di sinilah sebenarnya kita memupuk tali persaudaraan dalam mendekatkan diri kita kepada agama. Oleh itu, amat penting untuk kita sama-sama menjaga kebersihan tempat beribadat.

      • wpid-2012-09-20-19.05.36.jpg
      • wpid-2012-09-20-19.05.59.jpg
      • wpid-2012-09-20-19.06.08.jpg

Owner & Admin of www.labuanisland.net FB : https://www.facebook.com/LabuanFTMalaysia Twitter : LabuanFT Instagram : labuanisland

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>