Hari Wilayah 2012

LabuanIsland.Net ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah kepada warga Malaysia yang menetap di Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya (mengikut urutan yang sebenar diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan; 1. Kuala Lumpur, 2. Labuan & 3.Putrajaya)

Beberapa program dan acara telah dirancang untuk anda semua warga Labuan pada bulan Februari sempena meraikan Hari Wilayah ini.

Perbadanan Labuan bermurah hati untuk memberikan ‘goodies’ kepada rakyat Labuan. Sila rujuk di post ‘Goodies Hari Wilayah Persekutuan 2012‘ Pada bulan Februari 2012, pihak Perbadanan Labuan (PL) membuka peluang kepada warga Labuan untuk menggunakan kemudahan awam dibawah seliaan mereka secara PERCUMA dan pendaftaran sebagai ahli Perpustakaan juga PERCUMA!

Karnival Rakyat Hari Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 10 – 12 Februari 2012 di Dataran Labuan. Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan suasana pada hari tersebut.

  • 10 Februari 2012 – Konsert 2 Zaman.
  • 11 Februari 2012 – Pertandingan tarian singa yang melibatkan 10 kumpulan
  • 12 Februari 2012 – Majlis penutup karnival Rakyat Hari Wilayah Persekutuan Labuan menampilkan OSBON Maharaja Lawak, Mus MAY, Rehana@ Han, Saloma Labuan, Sweety Girls dan persembahan bunga api.

Antara acara sampingan yang akan diadakan sepanjang mini karnival tersebut ialah :

Pertandingan Autoshow Scooter Open anjuran DMA Events pada 11 feb 2012.
* Hadiah
– Johan (RM500.00)
– Naib Johan (RM400.00)
– Tempat Ketiga (RM300.00)
– Saguhati Keempat & Kelima (RM100.00 setiap seorang)

Hubungi En. Jim Nazim ditalian 0165880142 atau En.Lu Huai Zhi ditalian 0149550285 untuk mendapatkan borang penyertaan.

Pertandingan Karaoke Terbuka anjuran DMA Events pada 10 & 11 feb 2012.
* Hadiah
– Johan (RM500.00)
– Naib Johan (RM400.00)
– Tempat Ketiga (RM300.00)
– Saguhati Keempat & Kelima (RM100.00 setiap seorang)

Hubungi En. Mohd Nazrul Ahmad ditalian 0109669235 atau En. Mdyus Othman ditalian 0168465616 untuk mendapatkan borang penyertaan.

Kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk membuat pameran / jualan sempena Sambutan Hari Wilayah Peringkat W. P. Labuan pada 10-12 Feb 2012 sila berhubung terus dengan Mr. Yus (0148465616) atau Mr. Mar (0193597754). Khemah adalah terhad.

Sumber : Perbadanan Labuan, Mini Karnival Hari Wilayah Persekutuan, Bilik Berita RTM Labuan

 

 

0.00 avg. rating (0% score) - 0 votes

Add a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: